Sumbangan Pakej Makanan Keperluan/Peralatan Perlindungan Kesihatan

Jom sertai kami memberi sumbangan bagi meringankan bebanan mereka yang terkesan dan hilang pendapatan ketika tempoh PKP ini berlangsung. Banyak keluarga yang hilang pendapatan kerana operasi syarikat terpaksa ditutup ketika tempoh PKP ni dan ada yang berniaga sendiri tidak dapat membuka perniagaan mereka mengakibatkan mereka hilang pendapatan dan terpaksa menggunakan wang simpanan mereka itu pun jika mereka masih mempunyai simpanan.
Antara bantuan makanan yang kami berikan bersama rakan-rakan usahawan lain adalah dalam bentuk keperluan asas seperti beras, tepung, gula, susu, ayam dan juga barangan keperluan pencegahan COVID-19 seperti topeng muka dan hand sanitizer kepada mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan untuk mendapatkannya ketika tempoh PKP ini sedang berlangsung. Justeru kami membuka inisiatif kepada mana-mana pihak yang turut ingin memberikan sumbangan agar lebih banyak bantuan dapat diberikan dan disalurkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.
Sumbangan anda lebih bermakna ketika bulan Ramadhan ini. Pastinya bantuan makanan ini turut menjadi bantuan iftar bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan ini. Memberi makan orang yang berpuasa mendapat ganjaran pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangkan sedikit pun dari pahala orang yang berpuasa itu tadi. Jom menyumbang untuk bekalan akhirat kita insya Allah.